Tuesday, March 23, 2010

KUNJUNGAN STUDENT USM KE MUSHROOM FARM

Dua minggu lepas, satu group student dari School of Management, Universiti Sains Malaysia telah mengunjungi Ladang Cendawan yang terletak di Merbok, Kedah. Sebelum temujanji dibuat mereka telah menelefon saya terlebih dahulu dimana kunjungan itu juga adalah untuk menemuramah saya sebagai usahawan disamping melengkapkan dan menyiapkan tugasan mereka bagi paper keusahawanan.

Seramai 3 orang student yang diwakilkan di bawah Dr. Noor Hazlina Ahmad datang berjuma saya untuk mengetahui penglibatan saya didalam industri tanaman cendawan ini. Student2 tersebut adalah Noor Salwa Binti Nayan (Pahang), Dayang Syarmi Eryani Binti Ag Arshad (Sabah) dan Yuhana Endys Saputeri (Indonesia).

Mereka meluangkan hampir sehari bagi menyelami dunia penanaman cendawan. Mereka juga menjalani latihan praktikal dan berpeluang mengutip cendawan di Ladang Cendawan. Harap segala ilmu yang saya telah curahkan kepada mereka ini akan mendatangkan manfaat kepada mereka bertiga dan juga kepada semua student School of Management. Insyaallah.....

Mereka juga berbesar hati e-mail kepada saya salinan paper projek yang telah mereka siapkan. TQ....

SCHOOL OF MANAGEMENT

SEMESTER 2, ACADEMIC SESSION 2009 / 2010

AOW357- KEUSAHAWANAN

LECTURER NAME: DR. NOOR HAZLINA AHMAD
“MASDIANA MUSHROOM”
Tutorial : Monday, 4-5pm

GROUP NAME : NOOR SALWA BINTI NAYAN 96177
: DG SYARMI ERYANI BINTI AG ARSHAD 96088
: YUHANA ENDYS SAPUTERI 99149


1.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN USAHAWAN

Masdiana merupakan seorang pengusaha cendawan. Dia berumur 29 tahun dan dia telah berkahwin. Masdiana merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Dia berasal dari Pulau Pinang. Masdiana memiliki lulusan diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UITM), Perak. Dia seterusnya melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah (Bachelor of Estate Management) dengan kepujian, di Universiti Teknologi Malaysia (UITM), Shah Alam. Usaha ini mendapatkan bantuan daripada suaminya iaitu Khairi. Suaminya memiliki ijazah (Bachelor of Land Admin) di Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) Skudai, Johor. Suaminya berumur 32 tahun. Suaminya berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Masdiana memiliki dua cawangan hasil daripada perniagaan cendawannya. Cawangan yang pertama terletak di F294, kampong Belau,Merbok, Kedah dan cawangan kedua terletak di No. 7 & 8, Lot 381, Kampung Sungai Mati, Matang, Perak. Sebelum dia menceburi bidang perniagaan cendawan ini, penanaman cendawan ini adalah sekadar hobi daripada suaminya. Pada mulanya, perniagaan ini hanya diusahakan oleh suaminya sahaja, namun dalam kuantiti yang sedikit tanpa memasarkan secara meluas. Setelah itu, perniagaan ini hampir mengalami kerugian dan suaminya mengambil keputusan untuk menamatkan usahanya bagi meneruskan perniagaan cendawannya. Masdiana tidak bersetuju dan dia mengambil keputusan untuk mengambil alih perniagaan tersebut dan menguruskannya sendirian. Dia memulakan semula perniagaan ini hasil daripada wang simpanannya sendiri dengan modal pertama iaitu sebanyak RM 3,000. Masdiana memulakan perniagaan ini tanpa memiliki sebarang pengetahuan tentang cendawan (start from zero). Hasil daripada usaha gigihnya, dia berjaya menubuhkan dua pusat cawangan penanaman cendawan. Di cawangan Merbok terdapat tiga blok rumah cendawan yang telah didirikan Masdiana. Dalam satu blok bangunan tersebut boleh memuatkan 15,000 beg media cendawan. Hasil daripada pembinaan tiga bangunan cendawan tersebut boleh memuatkan 45,000 beg media cendawan.

Cendawan merupakan sejenis kulat yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu cendawan yang mengandungi racun dan cendawan yang boleh dimakan. Cendawan mempunyai banyak protein, vitamain, dan zat-zat galian seperti kalsium, dan fosforus yang penting untuk kesihatan badan. Cendawan dipercayai mengubati pelbagai penyakit seperti anemia (kekurang darah), kencing manis, dan sengal-sengal sendi. Terdapat 15 jenis cendawan yang boleh di tanam di Malaysia. Cendawan juga didapati mempunyai kandungan protein yang tinggi serta karbohidrat, serat, vitamin, dan kandungan lemak yang rendah berbanding sayuran yang lain. Antaranya adalah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Tiram Kuning, Cendawan Abalone, Cendawan Jerami, Cendawan Ling Zhi, Cendawan Jarum Mas, Cendawan Telinga Kera, Cendawan Tiram Merah Jambu, Cendawan Bunga Kobis, Cendawan Shiitake, Cendawan Butang, Cendawan Kukur atau Sisik, Cendawan Berangan, dan Cendawan Peha Ayam.

“Masdiana Mushroom” merupakan pengeluar dan pembekal cendawan segar, bongkah cendawan yang telah disuntik benih, dan peralatan penanaman cendawan iaitu penutup dan leher PVC, Plastik, benih cendawan, serta beliau juga merupakan perunding dan membuka perkhidmatan nasihat berkaitan dengan perniagaan cendawan. “Masdiana Mushroom” hanya mengeluarkan Cendawan Tiram Kelabu. Hal ini kerana Cendawan Tiram Kelabu sedap rasanya dan tahan disimpan serta mendapat sambutan yang cukup menggalakan dipasaran. Bahan dan media untuk menanam Cendawan Tiram Kelabu mudah didapati dan murah. Cendawan ini juga mudah tumbuh dan dibiakkan serta benih cendawan ini mudah didapati.

Masdiana mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa di cawangan Merbok, kedah, dan tiga orang pekerja sepenuh masa di cawangan Taiping, Perak. Selain itu, Masdiana memiliki ramai pekerja separuh masa bagi meyiapkan kerja-kerja dibahagian yang tidak memerlukan tenaga yang banyak, seperti mencabut cendawan yang sudah matang daripada media beg, mengukus media beg, namun bagi penyuntikan benih cendawan tiram kelabu hanya dilakukan oleh Masdiana sendiri bersama suaminya. Hal ini kerana penyuntikan cendawan memerlukan kepakaran dan pengalaman yang baik. Masdiana pernah mengalami kerugian akibat kerosakan daripada penyuntikan benih yang salah, sehingga beliau terpaksa membuang hampir keseluruhan beg media cendawan. Perkara ini berlaku semasa dia terpaksa meninggalkan urusan perniagaannya kepada pekerja-pekerjanya sepenuhnya dan membenarkan pekerjanya melakukan aktiviti penyuntikan benih cendawan kerana dia dan keluarga pergi menunaikan Umrah di Mekah. Penyuntikan yang salah akan menyebabkan beg media cendawan dimasuki atau dicemari bakteria dan virus. Contohnya, beg media akan dicemari oleh kulat hijau, kulat oren, penyakit ulat, serangan hama atau kumbang hitam keatas cendawan, serta serangan makhluk perosak.

Selain itu, “Masdiana Mushroom” menggunakan bahan-bahan semula jadi (pure organic) bagi penanaman cendawannya tanpa dicemari oleh bahan-bahan kimia. Antaranya ialah harbuk kayu, dedak padi halus, kapur pertanian, beg plastik tahan panas, gegelang PVC, dan kapas. Hasil daripada menggukan bahan-bahan semula jadi ini, dia dapat menghasilkan cendawan yang berkualiti tinggi. Pengeluaran hasil cendawan yang berkualiti tinggi ini menyebabkan dia memiliki ramai pelanggan. Dia berjaya menarik perhatian lebih ramai pelanggan daripada pelbagai peringkat, seperti pemborong, orang awam, restoran, pengusahan cendawan kecil-kecilan dan sebagainya. Bagi cawangan Merbok, kedah, dia berjaya menjual hasil cendawannya 20-25 Kilogram sehari, namun masih tidak mencukupi kerana permintaan daripada pelanggan terlalu banyak, sehingga dia tidak dapat menyediakan cendawan yang mencukupi kerana permintaan terlalu banyak berbanding dengan pengeluaran cendawan yang terhad pengeluarannya.

“Masdiana Mushroom” bukan sahaja mengeluarkan cendawan segar, dia juga telah menghasilkan Tepung Berempah bagi menyalut cendawan goreng hasil daripada kreativitinya sendiri. Dia juga mengeluarkan kuih muih berdasarkan produk cendawan, seperti karipap berinti cendawan, popia berinti cendawan, dan cendawan goreng berempah. Selain itu, dia juga telah melakukan perancangan dan penyelidikan bagi menghasilkan ‘Cendawan Chip Berempah’. Masdiana telah membuat perancangan yang terperinci untuk mengkomersilkan kesemua produknya secara meluas di pasaran tempatan khususnya di Malaysia dan juga pasaran antarabangsa. Hal ini kerana, produk cendawan ini mempunyai peluang yang cukup luas dipasaran tidak kira dalam atau pun luar negara.

Bagi mengkomersilkan produk cendawan goreng berempah “Masdiana Mushroom” ini, dia telah mendapat tapak perniagaan hasil bantuan daripada Fama untuk membuka perniagaan Cendawan Goreng Berempah di Pasar Tani, Sungai Petani, Kedah. Masdiana hanya memiliki kesempatan membuka gerai cendawan goreng tersebut pada hari ahad sahaja. Pada mulanya, kebanyakan orang tidak mengetahui tentang Cendawan Goreng Berempah ini dan tidak mengetahui khasiat daripada cendawan ini. Oleh sebab itu, Masdiana membuat perancangan pemasarannya dengan mempromosikan dahulu produknya kepada orang ramai. Dia juga melaksanakan penelitian orang awam, dan memberikan orang awam bagi mencuba cendawan goreng berempah secara percuma. Gerai “Masdiana Mushroom” hanya dibenarkan menjual cendawan dan produk-produk berasaskan cendawan sahaja seperti karipap dan popia berintikan cendawan, cendawan segar, tepung goreng berempah khas untuk menggoreng cendawan dan yang paling diminati oleh orang awam kini adalah Cendawan Goreng Berempah. Setelah memasuki minggu ke-2, gerai “Masdiana Mushroom” telah dikunjungi ramai pelanggan bagi mendapatkan produk Cendawan Goreng Berempah ini. Ada juga yang membeli tepung dan cendawan segar daripada “Masdiana Mushroom” untuk cuba digoreng sendiri dirumah. Kini, masdiana berjaya menjual enam kilogram cendawan dalam masa tiga jam sahaja. Dia menjual cendawan goreng berempah ini dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu RM 2.00 untuk satu polisterin rojak. Dia sangat bersyukur kerana sambutan bagi pemulaan penjualan cendawan goreng berempah ini sangat menggalakan.

“Masdiana Mushroom” menyediakan perkhidmatan latihan bagi penghasilan dan pemprosesan penanaman cendawan serta khidmat nasihat bagi menguruskan perniagaan cendawan supaya dapat berjalan dengan lancar.

2.0 PROSES PENANAMAN CENDAWAN “MASDIANA MUSHROOM

Cendawan bukan sekadar tumbuhan yang mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan serat yang tinggi berbanding sayuran lain, tetapi juga mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara komersial. Ada pelbagai jenis cendawan diusahakan oleh penanam cendawan iaitu Cendawan Tiram Kelabu, Tiram Putih, Telinga Kera, Abalone, Ling Zhi, Bunga Kobis, Jarum Emas dan Cendawan Butang yang sentiasa mempunyai pasaran dan penggemar negara ini. Ketika ini, ramai yang beranggapan proses menanam cendawan amat rumit, tetapi sebenarnya ia mudah serta senang dijaga dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip atau diperolehi.

Menurut usahawan “Masdiana Mushroom” ini, penanaman cendawan ini tidak memerlukan pembinaan rumah cendawan baru yang spesifik. Lebih ekonomi jika menggunakan ruang-ruang sedia ada atau membuat sedikit penyesuaian seperti memasang jaring sebagai dinding dan paip untuk memudahkan kerja-kerja penyiraman. Ciri-ciri rumah cendawan yang baik ialah mempunyai pengudaraan yang baik, suhu yang sesuai dalam lingkungan 28 darjah Celsius hingga 30 darjah Celsius (28C-30C) serta perlu disiram sebanyak dua kali sehari. Rumah cendawan ini juga perlu kalis serangga atau perosak yang boleh menyebabkan cendawan rosak. Lantai simen perlu sentiasa bersih. Rumah cendawan tidak sesuai jika terlalu besar kerana sukar untuk mengawal pencemaran dan gangguan daripada perosak atau serangga. Ruang di antara satu rak dengan rak yang lain bagi meletakkan beg media cendawan perlulah mudah untuk dilalui dengan selesa bagi memudahkan pergerakan semasa memungut cendawan.
Bahan-bahan yang digunakan bagi proses penanaman cendawan ini ialah habuk kayu, dedak padi halus, kapur pertanian, beg plastik yang tahan panas, Gegelang PVC, dan kapas. Antara prosesnya ialah habuk kayu perlu ditapis dan diayak bagi mengasingkan benda-benda asing yang terdapat dalam habuk kayu. Habuk kayu, dedak padi dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 tadi perlu digaulkan sehingga sebati. Apabila campuran sekata, bahan-bahan tadi perlu dicampurkan dengan air sehingga campuran menjadi lembap dan perlu memastikan apabila dikepal ia tidak berderai.

Selain itu, penggunaan air tidak boleh terlalu banyak kerana biasanya ia akan melambatkan proses pergerakan maisilium. Namun, air yang terlalu sedikit akan menyebabkan pergerakan maisilium cepat tetapi risiko kerosakan adalah tinggi dan hasilnya juga sedikit. Campuran tadi perlu dimasukkan ke dalam beg plastik yang tahan panas bagi mengelakkan cendawan daripada mengalami suhu yang tidak sesuai atau berpatutan yang akan menyebabkan cendawan tidak mahu keluar.

Kemudian, bahan tadi perlu memampatkan atau menghentak campuran tadi sehingga menjadi sederhana padat. Beg media juga tidak boleh terlalu padat dan mampat kerana ia mempengaruhi pertumbuhan maisilium. Jika bahan-bahan tadi terlalu padat akan melambatkan pertumbuhan maisilium dan ini akan menyebabkan proses pengeluaran cendawan yang tidak cekap bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin banyak. Kepadatan yang sederhana adalah yang paling sesuai bagi pertumbuhan cendawan.

Seterusnya, beg media tadi perlu dipasangkan dengan gegelang PVC. Selepas selesai menyediakan beg media cendawan yang lengkap, beg media tadi perlu dikukus bagi tujuan membunuh segala organisma yang terdapat dalam habuk kayu supaya tidak berlaku pencemaran yang akan menyebabkan kerosakan kepada beg media cendawan. Bahan peralatan yang diperlukan bagi pengkukusan beg media cendawan ini ialah tong drum atau stimmer dan set dapur gas. Cara-cara bagi mengukus beg media cendawan ialah meletakkan pelapik seperti bata atau kayu dan jaring dawai ke dalam tong drum, kemudian perlu mengisikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi dan susun beg-beg media secara menegak ke dalam tong drum serta perlu di tutup rapat. Beg media cendawan perlu dikukus selama lapan jam bagi menghapuskan bakteria. Kemudian, beg-beg media ini perlu disejukkan selama 24-36 jam sebelum menjalankan kerja-kerja penyuntikan benih.

Selepas itu, beg media cendawan itu akan diperam kira-kira tiga bulan dan dalam tempoh itu, proses penyiraman perlu dilakukan dua atau tiga kali sehari pada lantai serta pada badan beg media cendawan bagi memberikan kelembapan dan mengekalkan suhu yang bersesuian dengan keperluan kelembapan cendawan kepada beg media cendawan tersebut.

Di samping itu, cendawan memerlukan cahaya yang lemah dan sekata, pertumbuhannya akan terbantut jika terkena sinaran matahari berlebihan dan bagi cendawan yang terkena penyakit perlu diasingkan supaya tidak merebak ke beg media cendawan lain. Selepas kira-kira tiga bulan spora akan terbentuk di dalam beg media cendawan dan mengembang memenuhi beg media itu. Penutup beg media akan dibuka dan cendawan akan mulai tumbuh kira-kira lima hari selepas penutup dibuka.

Setiap cendawan perlu dikutip sebelum bahagian tepinya kelihatan berombak dan selepas di kutip beg media cendawan perlu di tutup semula dan direhatkan selama tujuh hari sebelum di buka kembali untuk memudahkan proses pembentukan semula spora di dalam beg media cendawan itu.

Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu beg cendawan boleh dituai hasilnya sehingga lapan kali dalam tempoh empat bulan. Selepas itu, hasilnya akan berkurangan dan perlu membuat beg media cendawan yang baru. Cendawan yang dituai boleh disimpan kira-kira tiga hari di dalam peti sejuk. Menurut usahawan Masdiana, beg media cendawan yang tidak dapat mengeluarkan hasil lagi boleh dihancurkan untuk dijadikan baja organik.

3.0 MASALAH ATAU RISIKO YANG DIHADAPI OLEH “MASDIANA MUSHROOM” (KELEMAHAN DAN ANCAMAN)

Masalah yang pertama ialah beg media cendawan dijangkiti penyakit seperti virus dan bakteri. “Masdiana Mushroom” pernah mengalami masalah serangan kulat hijau pada beg media cendawan. Kulat Hijau ini boleh menjangkiti beg-beg media lain, selain ia juga sangat cepat membiak sehingga boleh melumpuhkan perusahaan cendawan. Menurut usahawan Masdiana ini, punca-punca yang menyebabkan kemunculan kulat hijau ialah habuk kayu getah, pengukusan yang tidak sempurna, kurang kapur pertanian, dedak padi yang terlalu banyak, dan serangan serangga perosak pada masa penyuntikan. Kulat hijau ini merupakan ancaman yang sangat bahaya kerana ia sering menjangkiti beg-beg media cendawan “Masdiana mushroom” ini.

Masalah kedua yang di hadapi “Masdiana Mushroom” ini ialah kualiti benih cendawan dan teknik penyuntikan yang salah. Masdiana menerangkan bahawa bagi mendapat benih cendawan yang berkualiti tinggi, usahawan cendawan perlu memastikan benih yang dibeli putih keseluruhannya dan tidak tercemar, menjauhi benih cendawan yang berair, kekuningan, wujud tompok-tompok selain warna putih, dan perlu memastikan benih (maisilium) tidak tebal kerana tebal tandanya sudah terlalu matang. Dia juga menjelaskan cara mengawal beg-beg media agar tidak mendapat kesan daripada teknik penyuntikan yang salah, usahawan cendawan perlu memastikan bilik suntik benih dan bilik penyimpanan benih dalam keadaan bersih. Selain itu, mereka perlu memastikan tiada sebarang udara dari luar rumah cendawan masuk semasa proses penyuntikan benih, penyuntik dalam keadaan bersih, dan peralatan yang digunakan untuk menyuntik terhidar daripada kulat. Mereka juga perlu menghalang orang lain daripada masuk ke dalam bilik suntik benih semasa proses penyuntikan, dan yang terakhir perlu memastikan benih yang digunakan tidak tercemar.

Masalah ketiga ialah persaingan pengusaha cendawan yang berasal dari Thailand mahu pun dari Malaysia sendiri. Bagi kawasan Utara Malaysia seperti, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak, mereka mengalami persaingan yang sengit daripada pesaing dari Thailand. Persaingan itu terjadi kerana harga yang yang ditawarkan oleh pengusaha cendawan Thailand jauh lebih murah daripada pengusaha cendawan tempatan. Bagi mengatasi masalah tersebut, “Masdiana Mushroom” telah mengambil langkah dengan bijak iaitu mencari pasaran secara langsung kepada pembeli, dia tidak mengharapkan bantuan daripada orang tengah terus sebaliknya dia berusaha sendiri dengan mencari dan memasuki peluang yang ada. Ini merupakan salah satu faktor kejayaan perniagaan “Masdiana Mushroom”.

Masalah keempat ialah harga cendawan yang tidak dapat dikawal. Harga cendawan yang berbeza mengikut negeri dan cendawan tidak memiliki harga yang tetap. Hal ini menyebabkan pengusaha cendawan sering mendapat rungutan daripada pelanggan.


4.0 MOTIVASI UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Seseorang akan merasa terdorong untuk berjaya apabila ada sesuatu ataupun seseorang yang menyokongn dalam mencapai kejayaan. Sokongan yang kuat ini dapat mendorong kekuatan dan semangat yang kental bagi meningkatkan prestasi perniagaan atau kerjanya. Seorang usahawan harus memiliki motivasi dan mental yang kuat untuk memulakan suatu perniagaan.

Semasa Masdiana mula membuka perniagaan tersebut, dia mendapat pelbagai halangan dan cabaran. Namun, Masdiana mendapat kekuatan dan semangat hasil daripada sokongan serta galakkan daripada keluarga. Menurut masdiana sendiri, dia mendapatkan kejayaan seperti ini berkat sokongan daripada keluarga, terutama suaminya. Baginya, keluarga merupakan orang yang paling banyak memberikan sokong kepadanya semasa memulakan perniagaan ini. Dia mengakui bahawa suaminya telah membuatkan dia memiliki kekuatan untuk bertahan sehingga sekarang. Dia juga menyedari bahawa seandainya tidak ada sokongan yang kuat daripada suaminya, mungkin dia tidak akan dapat bertahan dan cekal dalam menangani masalah dan segala rintangan yang datang semasa dia menjalankan perniagaannya.

Selain itu, motivasi dapat dibangkitkan daripada dorongan diri Masdiana sendiri. Dia memiliki mental yang kuat untuk menghadapi apa pun masalah yang terjadi di “Masdiana mushroom” miliknya. Semangat yang dimiliki oleh Masdiana untuk mengeluarkan sesuatu produk tempatan yang berkualiti tinggi dan dia membuka perniagaan ini atas keinginan yang kuat untuk membantu orang-orang tempatan terutamanya yang berada di Merbok, Sungai Petani, Kedah. Dia sangat berkeinginan untuk membantu penduduk tempatan terutama penduduk di kampungnya agar memiliki pekerjaan atau tidak menganggur.

Seterusnya, Masdiana memiliki motivasi yang tinggi dalam melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Oleh itu, “Masdiana Mushroom” cuba membuktikan melalui usahanya mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. Dia ingin membuktikan bahawa orang tempatan boleh mencipta sesuatu produk yang berkualiti dan dapat bersaing bersama dengan produk luar negara. “Masdiana Mushroom” menjual produk dengan harga yang murah dan ‘pure organik’ sehingga dapat menunjukkan prestasi yang baik apabila produknya bersaing dengan produk luar negara.

Di samping itu, Masdiana merupakan anak sulung dalam keluarganya. Hal ini membuatkan Masdiana seorang yang sangat berdikari dalam menjalankan dan menguruskan perniagaan ini kerana sikapnya yang tidak suka bergantung kepada orang lain dan ingin menjadi contoh tauladan yang baik kepada adik-adiknya. Dia tidak suka mengalah, contohnya, apabila dia telah memilih untuk membuka perniagaan ini, dia tidak akan pernah mengalah walaupun banyak halangan yang datang menguji tahap kesabaran Masdiana dalam menjalankan perniagaan cendawan ini. Masdiana mempunyai pendirian dan motivasi yang cukup tinggi iaitu dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang kembali apabila telah melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan. Baginya, setiap perkara yang telah dilakukan atau dimulakan perlulah diteruskan dan tidak akan sesekali mengalah dengan begitu mudah.

5.0 “MASDIANA MUSHROOM” MENDEFINASIKAN KEJAYAAN USAHAWAN

Menurut Masdiana, perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang berjaya mendapat tempat dihati pelanggan dan juga berjaya mendapat tempat di pasaran. Ini bermakna produk yang dipasarkan oleh mereka berjaya menarik perhatian para pelanggannya dan berjaya mendapat pelanggan yang setia kepada produk mereka. Bagi Masdiana, dia cuba membuat produknya daripada bahan semula jadi tanpa dicemari oleh bahan-bahan kimia, agar para pelanggannya mendapatkan kualiti yang terbaik, di samping tetap menjaga kesihatan pelanggan yang menggunakan produk keluaran perniagaannya. Inilah keunggulan daripada “Masdiana Mushroom”. Perniagaan yang dijalankan oleh Masdiana dapat berkembang dengan baik dan pesat sekali. Hal ini telah memberi peluang yang baik bagi Masdiana untuk mendirikan tiga blok lagi untuk meletakkan beg-beg media tersebut. Masdiana mendirikan tiga blok tersebut agar para pelanggannya tidak merasa kecewa dan dia dapat memenuhi permintaan pelanggannya.
Selain itu, Masdiana juga mendefinisikan kejayaan usahawan ialah apabila dapat diukur daripada kebolehan perniagaan tersebut bertahan dalam pasaran tempatan dalam jangka waktu panjang. Masdiana juga berpendapat bahawa sesebuah perniagaan itu berjaya ialah apabila ia dapat bertahan dalam jangka waktu yang lama dalam pasaran dan tidak mengalami penurunan atau kerugian yang banyak. Apabila suatu perniagaan itu dapat bertahan lama, ia menunjukkan bahawa produk yang dijual atau dikeluarkan oleh seseorang usahawan itu mempunyai kualiti yang baik dan berjaya menghasilkan pendapatan yang berpatutan serta sangat berbaloi dengan usaha gigih mereka. Hal ini juga menunjukkan bahawa seseorang usahawan itu bijak dalam mengatur strategi perniagaannya sehingga boleh bertahan dan dapat bersaing dengan perniagaan lain.

6.0 CARA MENGUKUR KEJAYAAN MEREKA DALAM PERNIAGAAN
(KEKUATAN DAN PELUANG
)

Masdiana mengukur kejayaannya dalam perniagaan cendawan ini melalui beberapa faktor seperti peningkatan produk cendawan segarnya dalam permintaan pelanggan. Hasil daripada permintaan pelanggan yang semakin bertambah menunjukkan kadar peningkatan yang sangat memberangsangkan bagi pengeluaran produk cendawan segarnya yang memerlukannya menyediakan lebih banyak pengeluaran cendawan segar serta memberi peluang kepadanya untuk meluaskan lagi empayer perniagaan cendawan segar “Masdiana Mushroom” di peringkat kebangsaan atau global.

Peningkatan yang sangat memberangsangkan dalam jumlah pelanggan tetap cendawan segarnya menjadikan perniagaan “Masdiana Mushroom” bertambah kukuh dalam pasaran tempatan kini dan dia kini semakin dikenali oleh kebanyakan pelanggan dan pemborong yang menggunakan atau menggemari cendawan segar keluaran “Masdiana Mushroom” ini. Perniagaan “Masdiana Mushroom” kini semakin menjadi sebutan kebanyakan pelanggan di bahagian Utara, Malaysia merupakan salah satu faktor dalam mengukur kejayaan mereka dalam bidang usahawan cendawan ini.

Selain itu, peningkatan pengeluaran dan penciptaan produk baru berasaskan cendawan menunjukkan perniagaannya kini berada dalam kelompok usahawan berjaya dalam menghasilkan sesuatu yang baru dalam era kemodenan dan negara sedang membangun yang melahirkan berjaya ramai usahawan tempatan yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Dia berjaya mencipta tepung goreng berempah, kuih muih berasaskan cendawan, kerepek cendawan, dan sebagainya telah menjadi salah satu ukuran kejayaan dia dalam bidang perniagaan cendawan ini.

Seterusnya, melalui peningkatan dalam pemasaran produknya telah menjadikan produknya semakin dikenali dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dalam pasaran produk tempatan dan dapat menyaingi produk dari luar negara. Pengeluaran produk tempatan ini dapat membuka mata dan minda masyarakat bahawa produk tempatan tidak kurang juga hebatnya dan memiliki unsur dan bahan-bahan perisa yang selamat tanpa dicemari oleh bahan-bahan yang membahayakan kesihatan pengguna seperti bahan kimia yang sering digunakan oleh produk pesaing dari luar negara.

Di samping itu, Masdiana juga mengukur kejayaan perniagaannya apabila dia berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang awam dan penduduk setempat yang tidak memiliki pekerjaan sekali gus dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan orang awam yang menjadi isu pada masa kini. Dia juga dapat memberikan pendapatan dan peluang kepada ibu tunggal yang kekurangan pendapatan bagi menampung kehidupan seharian mereka.

7.0 CIRI-CIRI USAHAWAN YANG PENTING UNTUK BERJAYA SEBAGAI SEORANG USAHAWAN

Prinsip utama yang di pegang oleh usahawan Masdiana selama ini ialah kesungguhan dan kemahuan yang membara yang melebihi segala-galanya. Kemahuan yang membara ialah (dorongan) emosi yang kuat untuk menggerakkan segala “jentera” dalam diri kita ke arah mencapai matlamat yang diimpikan. Ia juga akan membuat kita lebih dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan demi kejayaan.

Untuk muncul sebagai usahawan yang dinamik, kita perlu membuat persediaan daripada segi mental, fizikal, emosi dan kerohanian. Sebagai seorang usahawan, kita terpaksa menghadapi pelbagai bentuk cabaran, halangan dan dugaan. Ia akan datang dalam pelbagai bentuk dan rupa yang akan mencabar diri, keimanan, keteguhan kita sebagai seorang yang bergelar usahawan.
Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah seorang usahawan juga mereka perlu sanggup dan rela menjalankan sendiri, tanpa terpaksa berharap dan bergantung kepada orang lain. Usahawan harus mempunyai semangat yang kental, daya ketahanan, keberanian, kesanggupan menghadapi risiko, ciri-ciri ketabahan dan kesabaran. Mereka juga perlu mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dengan ciri-ciri kepimpinan yang boleh diteladani, diikuti dan berupaya mempengaruhi sikap dan tingkah laku pekerja untuk bertindak dengan cemerlang demi mencapai matlamat yang ingin diingini.

Selain itu, Masdiana turut menekankan bahawa dalam bidang perniagaan ini kita harus mempunyai emosi yang stabil, boleh menahan segala kritikan atau makian daripada pelanggan dengan senyuman dan muka selamba serta boleh pula melupakan dalam masa lima saat.

Masdiana juga mengatakan bahawa perlu baginya melupakan dahulu niat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan pada peringkat permulaan perniagaan. Kita perlu menghadapi cabaran dengan apa yang kita ada dan terus mencari jalan untuk mendapatkan sumber kewangan. Modal perniagaan yang pertama adalah diri kita sendiri.

Usahawan itu mempunyai sifat sentiasa inginkan kecemerlangan dalam usaha perancangannya. Itulah sebabnya dikatakan bahawa usahawan itu hidup bernafaskan kejayaan. Usahawan sentiasa ingin berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha mencapai kejayaan.

Usahawan perlu bijak mengenal pasti peluang. Mereka sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting bagi seseorang usahawan berjaya.

Seseorang usahawan itu juga sentiasa mahu mengetahui sejauh mana dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai dalam pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru atau strategi yang lebih mantap untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting dalam mengurus perniagaan.

Seterusnya, usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan mereka merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

Seseorang usahawan yang berjaya itu merupakan seorang yang kuat bekerja. Mereka sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana mereka sukakan kerjayanya. Menurut Masdiana, dia sendiri bekerja tujuh hari seminggu tanpa ada cuti.

Seorang usahawan merupakan individu yang berinisiatif dalam membuat sesuatu pekerjaan atau tugasan tanpa perlu diarah atau dipaksa. Menurutnya lagi, seorang usahawan perlu mempunyai sikap proaktif dan giat berusaha untuk membangun serta menjayakan perniagaannya.

Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang perlu ada untuk berjaya dalam perniagaan. Usahawan juga harus mempunyai kecekapan dalam mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud. Mereka perlu mempunyai berkemampuan untuk merebut peluang sama ada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi kepentingan perniagaan dan lain-lain. Ciri-ciri ini menjadi faktor penting untuk menjadi seorang usahawan yang kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan pada peringkat permulaan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

Di samping itu, usahawan Masdiana juga menjelaskan bahawa sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah serta sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat kejayaan.

Usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya, harga bahan mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun, rungutan daripada pelanggan dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walaupun pernah mengalami kegagalan.

Seseorang usahawan itu hanya boleh di anggap berjaya apabila dia telah mencapai kejayaan dalam tujuh aspek kehidupan utama iaitu mental, rohani, jasmani, kejaya, kewangan, keluarga dan kemasyarakatan.

8.0 RANCANGAN YANG DILAKUKAN DALAM MENGURUSKAN PERNIAGAAN

Menurut usahawan Masdiana, pemasaran adalah faktor yang paling penting baginya dalam menjayakan atau menguruskan perniagaan cendawannya dengan baik dan berkesan. Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran boleh diumpamakan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna, dan pemborong dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan serta dapat memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan dan sekali gus dapat menawan hati pelanggan.

Menurut usahawan Masdiana, antara ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor seperti mengkaji keperluan dan permintaan cendawan dari semasa ke semasa. Hal ini supaya mereka dapat menjangkakan keperluan penambahan dan pengurangan pengeluaran cendawan bagi pemasaran produk cendawan segar mereka di pasaran tidak berlebihan. Perkara ini dapat memudahkan pengurusan hasil dan pengeluaran produk cendawan segarnya. Apabila terdapat permintaan yang semakin tinggi bagi produk keluaran cendawan segarnya, mereka dapat membuat rancangan pengurusan yang lebih mantap dan meningkatkan produktiviti pengeluaran cendawan supaya permintaan cendawan daripada pelanggan dapat dipenuhi dan dapat diperbaiki segala kekurangan yang ada. Contohnya, Masdiana telah merancang untuk membina sebuah makmal cendawan berdekatan dengan bangunan cendawannya dan sedang dalam proses untuk menambah lagi bangunan atau rumah cendawan bagi menghasilkan lebih bayak pengeluaran cendawan segarnya di pasaran.

Selain itu, Masdiana turut menekankan bahawa bagi menguruskan perniagaan ini, mereka perlu mencari dan mendapatkan saluran pemasaran yang termudah supaya produk atau pengeluaran cendawan segarnya dapat dipasarkan dengan segera tanpa perlu menyimpan terlebih dahulu. Saluran pemasaran yang mudah seperti memasarkan produknya di pasar-pasar, kilang-kilang, restoran, melalui agen, dan sebagainya.

Usahawan Masdiana juga menguruskan perniagaannya dengan melakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli “jiwa” pelanggan. Contohnya, dia mempromosikan produk cendawan goreng berempah hasil keluaran “Masdiana Mushroom” di pasar-pasar tani, kilang, dan di serata tempat yang dikunjungi oleh ramai pelanggan. Melalui kaedah ini, dia dapat menawan hati pelanggan untuk terus setia menggunakan produk cendawan segar keluaran perniagaannya sekali gus dapat memperkenalkan produknya dipasaran tempatan. Justeru itu, menurut usahawan Masdiana, peniaga atau usahawan wajar belajar keperluan atau perkara-perkara yang perlu bagi mengurus dan membeli emosi pelanggan. Budaya masyarakat setempat juga harus difahami dan dihayati.

Bagi mengekalkan hubungan dengan pelanggan usahawan atau peniaga harus mengingati nama pelanggan-pelanggan yang setia dengan produk keluarannya dan selalu memberikan senyuman kepada mereka agar hubungan yang terjalin akan bertahan dan berkekalan.
Seterusnya, usaha dalam melakukan promosi dan pengiklanan yang berkesan dalam usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi produk cendawan ini. Kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya bagi mengurangkan kos pengeluaran. Pengiklanan melalui jaringan internet pada era kemodenan kini menjadi semakin penting dan memberi kesan yang cukup memberangsangkan kepada pengenalan produk mereka. Hal ini sekali gus telah memudahkan usahawan atau pengusaha dalam usaha pengurusan promosi dan pengiklanan produk cendawan.

Di samping itu, sebagai usahawan dan pengusaha cendawan, rancangan perniagaan yang lengkap dan berkesan menjadi satu kewajipan apabila ingin memulakan projek cendawan. Dalam rancangan perniagaan itu, perlu dimasukkan elemen yang disebutkan di atas. Kejayaan projek cendawan dan perniagaan nanti akan bergantung kepada bagaimana mereka mengendalikan pihak pengurusan dan sumber-sumber yang ada.

Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai yang boleh kepada bakal pembeli tanpa halangan geografi, demografi dan komunikasi.

9.0 PENGALAMAN YANG PALING SUKAR DALAM PERNIAGAAN

Pengalaman yang paling sukar dihadapi oleh Masdiana semasa menjalakan perniagaan cendawan ini ialah kurangnya pengeluaran cendawan disebabkan oleh cuaca yang buruk sehingga Masdiana sering menerima kritikan dari pelanggan-pelanggannya. “Masdiana Mushroom” pernah terhenti mengeluarkan cendawan selama dua bulan, disebabkan kerana benih yang disuntik tidak mahu turun, benih putih disekeliling mulut bongkah tetapi seolah-olah tidak mahu melekat pada habuk kayu, menurut Masdiana ini adalah cabaran terbesar baginya selama berkecimpung dalam penanaman cendawan ini. Dalam mengahadapi masalah ini pun masdiana tidak mahu menyerah, dia terus mencari cara agar benih tersebut dapat tumbuh dengan sempurna. Masdiana melakukan tiga kali eksperimen mengenai benih agar dapat tumbuh. Menurut Masdiana peristiwa ini merupakan cabaran terbesar selama dia berkecimpung dalam penanaman cendawan. Masdiana baru menyedari betapa susahnya terjun dalam dunia perniagaan.

Perusahaan cendawan bukanlah semudah yang difikirkan. Sesetengah orang menyangkakan bahawa cendawan boleh tumbuh di mana-mana dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi untuk dibiakkan asalkan mendapat sinaran cahaya matahari dan air secukupnya, namun jangkaan tersebut ternyata silap.

Menurut usahawan Masdiana, proses membiakkan cendawan merupakan salah satu cabaran yang paling memerlukan tahap kesabaran yang tinggi di mana dia dan suami terpaksa melakukan sendiri proses menyuntik benih ke dalam medium beg bagi mengelakkan jumlah kerosakkan medium beg secara maksimum.

Menurut Masdiana lagi, pada awalnya mereka juga menganggap bahawa proses tersebut tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan memberi kepercayaan kepada beberapa pekerja mereka untuk melakukan proses menyuntik cendawan memandangkan kesibukan jadual harian mereka yang tidak mengizinkan pasangan suami isteri ini untuk meluangkan masa melakukan aktiviti tersebut. Namun akibatnya, lebih separuh dari puluhan ribu medium beg yang disuntik telah rosak dan mengakibatkan kerugian yang besar bagi Masdiana dan suami bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga masa memandangkan permintaan cendawan yang semakin meningkat setiap hari.

Perkara tersebut telah menyebabkan puluhan ribu medium beg terpaksa dikitar semula dengan cara menjualnya kepada penternak cacing. Masdiana beruntung memandangkan penternak cacing sememangnya memerlukan saki baki medium beg yang telah digunakan dan membelinya dengan harga yang berpatutan. Namun, hal ini menjejaskan pengeluaran cendawan memandangkan banyak masa telah terbuang berikutan banyak medium beg yang telah terjejas dan terpaksa dibuat semula.

Pembuatan medium beg adalah terhad memandangkan Masdiana dan suami hanya mempunyai dua perkerja tetap dan penghasilan medium beg hanya mampu mencapai sebanyak 200 – 250 sehari. Dan bagi menggantikan medium beg yang telah tercemar, mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk menggantikan medium beg tersebut.

Pasangan suami isteri ini juga terpaksa menahan keringat dan kelemasan apabila terpaksa berkurung di dalam rumah cendawan untuk melakukan proses menyuntik cendawan dimana mereka terpaksa menjaga kebersihan dengan cara memakai pakaian yang betul, menggunakan sarung tangan yang bersih, menutup mulut dan hidung, memakai sarung kepala dan kasut yang bersih, dan pasangan ini menyuntik cendawan dalam keadaan rumah cendawan yang tertutup rapi bagi mengurangkan kerosakan (damage).

Satu lagi musibah yang pernah hampir-hampir menjatuhkan semangat suami isteri ini ialah semasa di awal pembabitan mereka dalam bidang ini, kualiti cendawan yang dihasilkan tidak seperti yang dijangkakan malah permintaan juga tidak memberangsangkan menyebabkan suami Masdiana mengambil keputusan untuk menarik diri dari bidang ini memandangkan dia merasakan bahawa sekiranya beliau meneruskan pembabitannya dalam bidang ini, lebih banyak masa yang akan terbuang memandangkan mereka masing-masing sememangnya sibuk dibebani oleh bebanan kerja seharian mereka.

Namun hasrat itu dibatalkan berkat sokongan dari isteri dan ahli keluarga yang lain, akhirnya suami Masdiana tidak jadi menarik diri dan menyerahkan segala urusan dan aktiviti pemasaran kepada isterinya.

10.0 PENDAPAT “MASDIANA MUSHROOM” TENTANG NILAI LATIHAN UNTUK USAHAWAN

Masdiana dan suami sememangnya merupakan insan yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan mereka dalam apa hal atau perkara sekali pun terutama bagi mereka yang ingin berjinak-jinak menternak cendawan.

Buktinya semasa kumpulan kami menyuarakan ingin menjalankan temu ramah dengan Masdiana dan suami mengenai biodata hidup dan pencapaiannya, dan dia tanpa ragu memberikan segala informasi yang diperlukan malah menjemput kumpulan kami untuk melawat ladang cendawannya yang terletak di Kedah. Walaupun menyedari bahawa kumpulan kami tidak memerlukan sebarang butiran lengkap ataupun gambar-gambar cendawan, dia dan suami tetap mengajarkan kumpulan kami mengenai teknik yang betul untuk menternak cendawan menyebabkan kumpulan kami berminat dan terpupuknya semangat yang tinggi dalam diri setiap ahli untuk menjadi seorang pengusaha pertanian suatu hari nanti tanpa perlu mengabaikan pekerjaan sedia ada dan aktiviti dalam kehidupan seharian.

Malahan, dia dan suami juga terlibat dalam memberikan ceramah ataupun kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti FAMA dalam memberikan latihan dan maklumat kepada masyarakat yang berminat untuk menjadi pengusaha cendawan. Dia juga tidak menolak sekiranya terdapat pelajar-pelajar institusi tinggi mahu pun pelajar sekolah yang mahu melawat dan membuat latihan industri di ladangnya.

Bagi usahawan Masdiana, memberikan latihan dan informasi yang diperlukan kepada orang lain langsung tidak merugikannya malah dia merasakan bahawa perusahaan cendawan perlu dipelopori oleh orang ramai yang berminat memandangkan permintaan yang amat tinggi ketika ini. Menurut usahawan Masdiana juga, sekiranya takut kepada persaingan lebih baik jangan membuka perusahaan kerana bagi dia, lebih ramai pesaing industri cendawan di Malaysia akan menjadi lebih meriah lagi. Oleh sebab itu, hal ini dapat menyemarakkan lagi semangatnya untuk bergerak menuju ke arah matlamat yang lebih jauh.

11.0 NASIHAT YANG DIBERIKAN BAGI MEREKA YANG INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI

Sebelum mengakhiri sesi temu ramah bersama kumpulan kami pada hari itu, Masdiana sempat memberikan galakan dan semangat kepada kami untuk meneruskan segala apa yang kami lakukan walaupun banyak halangan yang menimpa kerana menurutnya tanpa halangan, sesuatu yang dilakukan itu tidak akan memberikan pengaruh yang besar terhadap diri sendiri.
Baginya, minat dan pelajaran semata-mata tidak akan membantu seorang pengusaha berjaya dalam hidup. Apa yang penting ialah semangat dan kecekalan dalam menempuhi apa jua halangan yang menimpa kehidupan setiap individu.

Malah dia dan suami tidak ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk melakukan perusahaan tidak kira sekiranya perusahaan itu tidak berkaitan dengan apa yang mereka lakukan sekarang ini kerana baginya semua ilmu yang dituntut di muka bumi ini pasti berguna untuk melakukan apa jua pekerjaan. Masdiana dan suami berulang kali menerapkan kepada kumpulan kami bahawa tanpa semangat dan kecekalan yang teguh, biar tinggi mana pun tahap pendidikan dan kewangan yang dimiliki oleh mana-mana individu tidak akan mencapai ke mana-mana.



13.0 RUJUKAN
http://www.masdianamushroom.blogspot.com/
http://www.mmra.org.my/

Monday, March 1, 2010

PERKEMBANGAN TERBARU PROJEK TANAMAN CENDAWAN



Block C bangunan cendawan sebenarnya dah siap lama....Tapi baru berkesempatan nak menulis.....So, dengan wujudnya Block C nie rasanya bleh masuk dalam 15,000 beg cendawan. Dan total tuk tiga bangunan yang ada rasaya boleh muat dalam 45,000 beg media cendawan.



Tapi belum penuh lagi. Sekarang nie tengah dalam proses nak tambah supaya ketiga-tiga bangunan tue penuh. Walaubagaimanapun saya perlu clear outsatanding order beg media yang ada. Production tuk buat beg media perlu dipertingkatkan. Buat masa nie kami hanya mampu produce 2000 beg seminggu. Coz proses penyuntikan benih saya tak bagi staff buat. Saya dan suami akan buat sendiri....dulu pernah nagi staff buat tapi banyak juga yang rosak.....so, saya buat keputusan part penyuntikan benih saya akan buat sendiri.

Bangunan B pula rasanya 1 bulan lagi dah nak kena ‘let go’. Dah 8 bulan usia beg media tue.....pengeluaran cendawan dah menurun. Sekarang nie musim kemarau pula, cendawan lambat keluar walaupun penyiraman lantai dibuat 3x sehari. Rasanya 30% menurun. Susah la....banyak supplier bising.....cendawan tak cukup....

Sebenarnya, pada bulan 11 hari tu production terhenti sekejap selama 2 bulan....ada problem yang tidak disangka-sangka.... benih yang disuntik benih tak mahu turun.....benih putih disekeliling mulut bongkah tetapi seolah-olah tak mahu melekat pada habuk kayu.....Ya Allah masa tu hanya tuhan yang tahu...Ini cabaran terbesar buat saya selama berkecimpung dalam penanaman cendawan nie....Saya terpaksa tebal muka call customer yang dah order bongkah tuk delay order...ada yang marah ada juga yang faham.....

Actually, dari sini baru saya tahu betapa susahnye terjun dalam dunia business!!! Mula-mula ingatkan hanya 300 beg cendawan yang kena......tapi banyak juga yang rosak...Rasanya saya clear dalam 1000++ beg media....Rugi2!!! Jangan ingat walaupun dah agak lama tanam cendawan tak ada masalah.......Saya contact kawan2 seangkatan.....Sahabat saya En. Nabil dari nas Agro Farm kata mungkin habuk kayu ada bahan kimia coz pada masa dahulu, di Selangor pernah terjadi dimana kayu getah yang dibawa dari kilang memang dah terkena racun. Saya juga refer dengan Prof. Noorlidah, unit research dari UM dan dia pun cakap macam tue....Ada juga rakan saya kata tong drum yang digunakan perlu dicuci selalu la, masalah benih la....macam-macam....Adoi!!!!


Saya terpaksa turun padang.....

Saya start buat eksperimen pertama

Amil 30 kg habuk kayu lama. Tapi saya cuci tong drum dan masukkan air yang dah ditadah 24 jam sebelum digunakan. Selepas seminggu, kesemua beg yang di suntik benih, mysiliumnya tidak juga turun dan merebak pada habuk kayu. Selalunya dalam tempoh seminggu mysilium akan turun suku bahagian bongkah. Hasil eksperimen pertama memang mengecewakan.....Tapi saya dah dapat hasil yang ianya bukan berpunca dari tong drum atau air tong drum. Eksperimen pertama GAGAL!!!!

Eksperimen ke-2

Saya ambil 30 kg habuk kayu baru dari kawan saya di Pulau Pinang dan 30 kg habuk kayu lama. Kemudian masukkan kedalam tong drum yang sama. Selepas beg media sejuk, proses penyuntikan benih dilakukan. Kemudian saya peram seminggu......ya Allah mysilium tak juga turun.....Husband saya dah betol-betol tension dan give up....saya pun betul-betul kecewa dengan result tersebut. Ini bermaksud puncanya bukan dari habuk kayu. Tapi saya tak mengaku kalah dan percaya masalah ini mesti berpunca dari sesuatu yang tidak kena atau tak betul....Nak kata berpunca dari benih saya guna benih dari 3 tuan. Saya beli dari Johor, N.9 dan Selangor....Jadi saya yakin bukan dari benih......Eksperimen ke-2 juga GAGAL!!!

Eksperimen ke-3

Saya ambil lagi 30 kg habuk kayu baru dari kawan diPulau Pinang dan 30kg habuk kayu lama. Selepas kukus, saya lakukan proses penyuntikan benih.....Tapi kali nie penyuntikan benih saya lakukan ditempat lain...bukan dibilik suntik benih yang selalu saya gunakan. Saya kembali guna tempat suntik benih lama. Sebenarnya selepas Block B siap, proses penyuntikan benih semua dibuat diBangunan ini coz ia memudahkan untuk saya memeram beg-beg media kerana bilik pemeraman juga di Block B nie.....Saya peram seminggu ditempat lain juga.....Alhamdulillah selepas seminggu kesemua beg-beg media tue mysiliumnya dah turun suku.....Bersyukur kepada Allah....

Jadi, kesimpulannya masalah tue datang dari tempat suntik benih bukan dari habuk kayu. Dan dari info yang saya dapat dari pak cik saya kawasan tempat suntik benih tue adalah tempat letak baja pada asalnya....mungkin lama-lama dah berasid. Jadi dari situlah timbulnya punca masalah yang saya hadapi. Ya Allah....Akhirnya selesai juga masalah yang saya hadapi. Saya ambil masa 2 bulan tuk selesaikan masalah nie......Macam-macam dugaan....production terpaksa stop, order pula terpaksa delay....kena marah dengan customer lagi....Kalo saya tak betul-betul kuat dan give-up masa tue memang saya dah jatuh....Tapi saya perlu redah apa juga cabaran dan ini sebenarnya adalah pengalaman yang saya tak akan lupakan sampai saya kembali kepada-Nya..........

Saya terpaksa buang dan clear beg-beg media yang dah 2 bulan mysilium tak turun sebelum start production semula.......Harap-harap semuanya akan mencapai target sebelum masuk tahun 2011.......Insyaallah...tolong-tolong la doakan.........

GERAI PASAR TANI



First sekali just nak ucapkan “terima kasih” (toche toche) to Fama coz bagi kita orang tapak tuk berniaga di Pasar Tani, Sungai Petani. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah setelah dapat pertolongan daripada FAMA. Rasanya dah 2 bulan kitaorang running jual kat Pasar Tani nie.....tapi hanya berkesempatan buka gerai hari Ahad jer........masih dalam perancangan tuk try running pada hari Khamis. Buat masa ni terpaksa kuburkan dulu coz pengeluaran cendawan x mencukupi walaupun purata pengeluaran dalam 20-25kg sehari. Kena tambah lagi nie......


First day masa mula-mula jual dulu orang tak berapa kenal dan tahu kot khasiat cendawan ni......Gerai kami hanya dibenarkan menjual cendawan dan produk-produk berasaskan cendawan sahaja. So, apa yang kami tawarkan adalah Fresh Mushroom, Frozen seperti karipap dan samosa yang berintikan cendawan, tepung goreng berempah khas untuk goreng cendawan dan yang paling HOT ‘cendawan goreng berempah’............Semua ini adalah produk-produk yang dikeluarkan oleh masdiana mushroom.


First time masa kitaorang jual ‘cendawan goreng berempah’ jenuh jugaklah nak jual.....kena buat promosi dulu...ikut survey, ramai yang tak pernah makan kerana cendawan goreng nie famous kat johor...ramai yang tak pandai makan.....Bagi orang ramai rasa dulu.....pas2 masuk minggu ke-2 jual, dah tak sempat nak goreng la plak.....orang dah beratur nak beli........sekarang ni dari jam 8pg sampai jam 11 tghari kami boleh jual dalam 6kg......satu polisterin rojak tue kita orang jual RM2.00....dalam masa 3 jam boleh jual dalam 140 polisterin........alhamdulillah amat-amat menggalakkan. Fresh Mushroom lagi la hebat....selalunya 1 ½ jam saja boleh jual 6-8 kg....dan selalunya dalam kul 9.30 tue memang dah SOLD OUT!!!!!


Semoga tahun 2010 akan memberi sinar baru kepada masdiana mushroom untuk berkembang dan rezeki yang diperolehi dapat diagihkan kepada yang memerlukan. Aminn........
Insyaallah...............and TQ FAMA!!!!!

Wednesday, February 24, 2010

Mushroom Association of Malaysia Activities



Actually, lawatan nie tahun lepas.......selepas balik dari umrah......tapi xde masa nak publish....lagipun hari tue pendrive yang mengandungi article nie hilang.....nie baru jumpa balik......

Pada 31.7.2009 dan 1.8.2009, saya telah menghadiri aktiviti anjuran Persatuan Cendawan Malaysia (PCM) melawat Ladang Cendawan di Utara. Seramai 96 orang ahli persatuan termasuk student dari UM menyertai lawatan ini. Antara ahli-ahli persatuan yang hadir adalah dari Vita Agrotech, En. Nabil bekas seorang akauntan (Nas Agro Farm), Puan Zainon (Genting Permai Resources) dan ramai lagi pengusaha-pengusaha cendawan dari seluruh Malaysia termasuk Ms. Florence dari Sabah.


Antara Ladang cendawan yang kami lawati adalah Gano Excel, DXN Marketing Sdn. Bhd, Ladang JT marketing Sdn. Bhd. dan Agro Bio Future Sdn. Bhd (Gunung Jerai).

Lawatan ke Gano Excel (31.7.2009)
Gano Excel merupakan diantara salah satu Ladang Ganoderma yang terbesar didunia. Mempunyai lebih dari 40 buah rumah cendawan yang menempatkan lebih kurang 20,000 ganoderma bagi setiap rumah cendawan. Semua ganoderma yang ditanam di Ladang ganoderma Gano Excel adalah dari jenis ‘Ganoderma Lucidum’ dan ia diproses untuk dijadikan kapsul dan kopi Gano.


Rombongan kami telah dibawa melawat ke kilang menghasilkan produk Gano Excel seperti kapsul & Kopi Gano dan dibawa secara ekslusif ke Ladang Ganoderma Gano Excel. Setiap hari sebanyak 5,000 beg media dihasilkan di ladang Ganoderma ini. Produk Gano Excel ini dieksport ke 67 negara diseluruh dunia. Kami akhiri lawatan di Gano Excel pada jam 11.30 pagi dan menuju ke DXN Marketing Sdn. Bhd.





DXN Marketing Sdn. Bhd (31.7.2009)

Sebaik tiba, kami disambut oleh pihak DXN Marketing. Lokasi pertama kami ialah melawat Kolam Spirulina. Mempunyai lebih kurang 16 buah kolam memproses spirulina.

Kolam Spirulina.Terdapat pelbagai produk yang dihasilkan disini seperti Skin Care Product yang terdiri daripada Sabun, Baby Oil, Shampoo, Body form, ubat gigi, alat-alat kosmetik seperti pencuci muka, gincu bibir dan talcum powder. Selain itu, terdapat pelbagai produk kesihatan yang dihasilkan dari Ganoderma iatu kapsul ganoderma, jem nenas dan minuman kesihatan.


Seteleh melawat kilang menbuat produk DXN Marketing, kami dibawa melawat ke Ladang Ganoderma DXN Marketing. Terdapat lebih dari 50 buah rumah cendawan yang menempatkan lebih kurang 30,000 ganoderma dalam sebuah rumah cendawan.

Ganoderma yang ditanam di DXN Marketing.Lebih kurang pukul 1.30 tengahari, ahli rombongan bergerak meninggalkan DXN marketing. Kami dibawa ke Medan Selera untuk makan tengahari dan solat zohor bagi yang beragama Islam. Kami kemudiannya dibawa melawat ke JT Marketing Sdn. Bhd.

JT Marketing Sdn Bhd (31.7.2009)

Setibanya kami disini, hujan mulai turun renyai-renyai. Kami disambut oleh Pengarah Urusan JT Marketing Sdn. Bhd. Kawasan asal ladang cendawan ini adalah kilang membuat tisu dimana ia dibeli pada tahun 2007 dan dijadikan ladang cendawan serta kawasan menanam sayuran organik. Kami dibawa melawat sekitar tempat menyediakan beg media cendawan. Pada awalnya saya rasa sama sahaja seperti melawat ladang-ladang cendawan yang lain. Tetapi rupa-rupanya terdapat kelainan yang saya tidak pernah jumpa diladang-ladang cendawan yang pernah saya lawati sebelum ini.

Amat memeranjatkan!!!!!! Di ladang ini saya dapat melihat buat pertama kalinya penanaman cendawan dari jenis ‘King Oyster’. Kagum melihatnya kerana sudah banyak ladang cendawan yang saya pergi di seluruh Malayasia tapi ini kali pernama saya dapat lihat ‘live’ King Oyster. Ianya memerlukan penjagaan yang rapi dan suhu yang sejuk. Bilik penanaman king oyster ini dilengkapi dengan penghawa dingin dengan suhu kawalan pada 11c. Cendawan ini dijual dengan harga RM15.00 sekilogram di pasaran tempatan memandangkan kos penyediaanya agak tinggi.



Kami kemudiannya dibawa ke bilik yang menempatkan cendawan ‘jarum emas’. Ini juga pertama kali saya lihat secara ‘live’ kerana selalunya bagi penanaman cendawan sebegini kita tak akan dibenarkan masuk ke rumah cendawan dan mendekati cendawan ini kerana ia memerlukan bilik yang berhawa dingin dan penjagaannya agak rumit.


Setelah teruja melihat King Oyster dan Jarum Emas kami dibawa ke suatu bilik yang diberitahu ditanam dengan Lingzhi. Sampai sahaja didepan pintu saya benar-benar tergamam kerana lingzhi yang ditanam amat berbeza dari yang saya lihat sebelum ini.

Menurut Prof. Norlidah, Presiden Persatuan cendawan Malaysia yang turut bersama-sama kami, dia juga terkejut melihat lingzhi ini kerana ini adalah ladang tunggal di Malaysia yang menanam lingzi jenis ini. Lingzhi ini dikenali sebagai “TANDUK RUSA” dan saya percayai teknologi penanaman ini telah dibawa dari negara China kerana tuan punya ladang ini berasal dari sana. Amat mengagumkan!!..Bukan saya sahaja yang teruja malah semua ahli rombongan juga terkejut apabila melihat Lingzhi Tanduk Rusa ini. Amat Luar Biasa......

Lingzi tanduk Rusa ini hanya diproses menjadi kapsul makanan kesihatan kerana bentuk fizikalnya yang liat. Ladang ini juga mengamalkan ‘BUMI COMPOSE’ iaitu mengaplikasikan penggunaan beg media yang telah digunakan senagai baja organik dalam penanaman sayuran. Terdapat pelbagai jenis tanaman sayuran yang ditanam seperti bayam, sawi, kangkung dan lain-lain dengan hanya menggunakan berg media terpakai sebagai baja. Lawatan kami berakhir pada pukul 5.45 petang.


Semua ahli rombongan bertolak ke hotel untuk persiapan diri bagi menghadiri majlis Makan Malan Persatuan Cendawan Malaysia di Holiday Villa, Alor Setar, Kedah.

Bertempat di Tingkat 9, Holiday Villa, berlangsungya majlis makan malam Persatuan Cendawan Malaysia 2009. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Presiden PCM, Dr. Norlidah dan juga seisi berkongsi cerita bersama dengan pengusaha cendawan yang Berjaya seperti dari Vita Agrotech.

Majlis makan malam bersurai pada pukul 11.00 malam. Aktiviti akan disambung pada keesokan harinya iaitu melawat projek tanaman shiitake di Gunung Jerai. Saya amat bertuah kerana pada malam itu memenangi hamper cabutan bertuah.......Bertuah ke?? Selam nie tak pernah bertuah pun.....Hehe....TQ PCN !!!!!!


Agro Bio Future Sdn. Bhd (1.8.2009)
Semua ahli rombongan tiba di kaki Gunung Jerai lebih kurang jam 10.00 pagi. Keadaan cuaca kurang baik dimana hujan renyai-renyai. Mengikut perancangan semua ahli rombongan akan menaiki van yang telah disewa tetapi disaat akhir kami diberitahu hanya 4 biji van yang dapat membawa ahli rombongan naik keatas gunung. Ahli yang berkereta terpaksa naik bersama kereta sendiri. Kami harus tempuhi jalan yang berliku-liku dan perlu berhati-hati kerana keadaan jalan yang licin kerana hujan. Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami sampai di Ladang Shiitake dan disambut oleh Pengarah Urusan and team of Agro Bio Future Sdn. Bhd.


Kami diberi penerangan mengenai tanaman shiitake oleh Shirley Ooi, anak kepada pengarah urusan Agro Bio Future Sdn. Bhd. Shirley merupakan seorang doktor yang sanggup meninggalkan profesion sebagai doktor hanya untuk membantu ayahnya mengusahan tanaman shiitake ini.

Akhirnya, perusahaan ini telah berjaya, dikenali dan berdiri teguh setelah lebih kurang 25 tahun menceburi bidang penanaman shiitake ini. Setiap hari Agro Bio Future mengelurkan lebih kurang 300 kilogram cendawan shiitake iaitu 4 tan sebulan dan pasaran adalah tertumpu kepada pasaraya besar seperti Tesco, Giant, Jaya Jusco, dan hotel-hotel terkemuka di Malaysia.
Setiap 1kg cendawan shiitake Gred A akan dijual dengan harga RM45 perkg dan Gred B akan dijual dengan harga RM38 perkg. Tanaman shiitake ini memerlukan masa 6 bulan pemeraman sebelum dibuka untuk pengeluaran hasil. Setiap beg dapat menjana 4 kali pengeluaran. (Anggaran 3 bulan). Setelah 6 bulan plastik dibuka dan pada hari ke-2 cendawan mula keluar.
Ada satu kelainan dalam penghasilan benih di Agro Bio ini. Pihak Agro Bio menggunakan oats yang diimport dari Amerika sebagai bahan tumpangan untuk mencambahkan benih cendawan. Ianya jarang digunakan di Malaysia kerana harga oats yang mahal. Selepas proses penyuntikan benih dilakukan, beg media perlu diperam didalam kawasan yang bersangkar supaya makhluk perosak terutamanya tikus tidak mendekati beg media.

Di Agro Bio ini, mereka juga mengamalkan ‘BUMI COMPOSE’ dimana beg-beg media yang tidak produktif lagi untuk pertumbuhan cendawan akan dibuang dibeberapa tapak yang telah disediakan untuk pertumbuhan cacing.

Selepas 3 bulan, tanah tersebut diambil dan digunakan untuk menanam sayur-sayuran seperti kubis, kentang merah, sawi, salad, tomato, terung dan lain-lain. Semua sayur-sayuran 100% ‘pure organic’ ini dieksport ke Singapura.


Selain cendawan shiitake segar, Bio Agro juga mempunyai produk sampingan seperti serunding shiitake, sos spagethi shiiteke, keropok lekor shiitake dan dodol shiitake. Tetapi produk-produk ini belum dipasarkan secara meluas.

Pihak Pengurusan Bio Agro telah berbesar hati menyediakan makanan tengahari kepada rombongan kami. Menu yang disediakan ialah Nasi Goreng Pattaya Shiitake dan Ketupat serunding shiitake..... Sedap dan menyelerakan...TQ Shirley and Team...Rombongan bersurai pada pukul 3.00 petang....Harap dapat joint
aktiviti PCN melawat ke Selatan next year...

Thursday, February 18, 2010

Visit Sabah 2010

Salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.............
Lama rasanya x update blog nie........sampai ada cousin saya yang tanya, pesal dah lama x update......Sibuk dengan urusan cendawan dan dipejabat juga...........

Tahun baru cina yang lalu, saya berkesempatan melancong ke Bumi Sabah bersama suami tersayang. Selama 5 hari kesana. Cadangnye memang betol2 nak bercuti...tenangkan fikiran.....tapi saya teringatkan info yang diberikan oleh kawan saya yang pernah berkunjung kesana bercerita mengenai cendawan tiram kelabu yang sebesar tapak tangan di Kundasang. Jadi kemana pun pergi x boleh lari juga dari cendawan........Niat memang nak melawat ladang cendawan bila berada diKundasang nanti.

Kami menaiki penerbangan Air Asia seawal pagi iaitu jam 7.10 pagi dari P.Pinang.....Oleh kerana jadual penerbangan telah diubah pada saat2 akhir, kami terpaksa transit di LCCT dulu......tapi Ok la x lama sangat.....Kul 11 pagi penerbangan terus ke KK dari LCCT......Sampai di KK jam 1.20 petang, awal 20 minit dari jangkaan......

Hari pertama, just stay kat KK........Tune Hotel 1 Borneo.....Best juga Air Asia hotel nie.....walaupun murah tapi security system dan facilities yang ditawarkan bagus.....Berbaloi2......hari kedua dengan menaiki kereta yang disewa kami bertolak ke Kundasang. Sewa kereta disini pun mahal.....Oleh kerana kami berdua saja, saya hanya menyewa Produa Viva.....Sewanya sehari RM130......... dan saya menyewa untuk kadar 4 hari......susah juga difikirkan kalo xde kereta coz menurut kawan saya di Sabah nie perjalanan bas mengikut waktu-waktu tertentu........dan kebanyakan bas mini adalah van......so, dari pengalaman kawan-kawan yang dah kesana diaorang advice supaya sewa kereta....lebih mudah bergerak.....Produa Viva ni amat-amat save petrol la.......Saya isi RM50 semasa di KK, sebelum ke kundasang. Pandu sampai ke Kundasang, Ranau, Tea Sabah kemudian patah balik ke KK........sepanjang tempoh penyewaan 4 hari dan merata tempat kami pergi termasuk pandu ke Airport baki masih tinggal lagi 2 bar........uishhh!!!!!jimat giler.......

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam ke Kundasang. Susah juga nak kesana jika tidak berpandukan kepada google map kerana kurang signboard.......Untuk ke Kundasang perlu ke Tamparuli dan Tuaran dulu.......Kemudian baru jumpa Kundasang......Kalo nak compare dengan Cameron Highland, Kundasang lebih sejuk. Oleh kerana masih awal menanti waktu untuk check-in kami singgah di Kinabalu Park iaitu Kaki Gunung Kinabalu terlebih dahulu dimana ianya pintu utama untuk pendaki-pendaki yang nak mendaki Gunung Kinabalu....



Kami menginap di Strawberry Garden Hotel Di Kundasang..........dari balcony bilik hotel dapat melihat keadaan gunung ganang yang diseliputi oleh kabus.......Dingin sekali.........Petang tu kami melawat ke strawberry garden yang terletak diperkarangan hotel dan sempat merasa strawberry shake dan aiskrim handmade by hotel......tapi strawberry masam!!!! X macam di Cameron Highland.....



Selepas tu kami bertolak ke Pekan Kundasang yang terletak lebih kurang 500 metres dari hotel.....Pekan yang terpencil.....terdapat pelbagai jenis sayuran segar dijual disini. Mata saya tertumpu kepada cendawan tiram kelabu yang dijual....WOW!!! betol la kata kawan saya.....satu paket yang pada anggaran saya 150-200 g hanya mengandungi 4-5 kuntum cendawan tiram kelabu......maksudnya 1 kg harga cendawan tiram kelabu disana lebih kurang RM15 p/kg.

Terdapat juga cendawan shiitake yang dijual disana.....saiznya besar tidak seperti di Gunung Jerai.....mungkin dari spesis lain kot.................Lupa pula nak tanya harga cendawan shiitake nie.......Saya bercadang nak singgah ke Ladang shiitake bila turun dari Kundasang nanti. Kalo tengok masyarakat disini mereka bekerja keras walaupun susah.......terpaksa bertani dan kos sara hidup pula tinggi......kalo compare dengan semenanjung, mereka nie lebih gigih...buat apa sahaja kerja.......bukan macam masyarakat melayu kita......duduk goyang kaki, padahal kerja kilang berlambak-lambak.......Tapi MALAS!!!! Boleh makan tido setiap hari...orang lain pula kena menanggung.....Macamnana Malaysia x amik rakyat asing sebagai pekerja.....lain dengan disini...walaupung dah tua, tetap bekerja dan aktiviti disini tentulah bertani.......





Pagi keesokannya kami berpeluang ke Ranau...................makanan disini amat-amat mahal......Nasi goreng kampung aje RM7 sepinggan..........Tak silap saya Teh O Ais RM2 segelas.........Dalam perjalanan pulang ke KK saya sempat singgah ke Ladang Cendawan Shiitake yang terletak ditepi jalan utama.......Tapi xde orang yang jaga......mungkin pekerja hanya datang pada awal pagi......waktu saya sampai disitu lebih kurang 1 tghari.......hairan juga.....ladang cendawan ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjaga dan pintu masuk ke mushroom house juga tidak berkunci. So, tak dapat la saya banyak info mengenai cendawan shiitake disini. Mungin beg-beg media diproses ditempat lain kerana dari apa yang dilihat rumah cendawan ini hanya menempatkan beg-beg media yang telah matang dan mengeluarkan hasil sahaja. Kecewa la jugak!!!!!

Back to KK!!!! hari-hari selebihnya kami Cuma spend di KK jer........Time for shopping PEARL.....Sempat juga kami mengunjungi pasar Gaya.....Kebetulan kami berada disana hari ahad.....pasar gaya ni hanya beroperasi pada hari ahad sahaja setiap minggu.....banyak kraftangan penduduk tempatan peribumi sabah boleh didapati disini. Kami Cuma jamu mata sahaja con mutiara untuk cenderahi kepada ahli keluarga dah dibeli di Handicraft centre.........Tapi macam-macam boleh dapat disini.....termasuk haiwan eksotik untuk bukan yang beragama Islam.......





Beli cukup-cukup jer.......kira budget jer.....dan beli untuk orang yang menghargai sahaja......x mau membazir.....coz bulan 6 nie nak ke BANGKOK pulak.............Kami sempat juga melawat Akuarium Universiti Sabah Malaysia, Muzium Sabah, Heritage Village of Sabah dan Pusat Sains. Tak banyak sebenarnya tempat yang boleh dilawati diSabah nie.......Shopping Mutiara ok le.......Ikut perancangan asalnya kami nak ke Manukan Island (Tunku Abdul Rahman Park). Tapi menurut kata kawan suami saya yang menetap disana, biasa saja Cuma menarik untuk diving and snockling......So, x jadi ler.....

Pendek kata banyak tempat yang menarik diSabah ni.....tapi perlu jelajah satu Sabah la.....Anyway, fine holiday.........Just nak rest minda dan lari dari masalah sekejap.........Lately nie banyak konflik dalaman......Hehehe............Jumpa lagi.......Next paparan saya nak tulis mengenai Gerai Jualan Kami Di Pasat Tani. Jumpa Nanti.......